SOALAN LAZIM
1. Berapa banyakkah imej yang boleh saya hantar?
Peserta dewasa hanya boleh menghantar 10 penyertaan maksimum untuk mana-mana satu kategori atau 10 kategori.
2. Bolehkah saya masuk dalam banyak kategori yang saya suka?
Ya, tetapi sila ambil perhatian dalam kerja suntingan anda, tidak perlulah anda memasuki setiap kategori, adalah lebih baik jika anda menghantar penyertaan yang minimum bagi mengekalkan kualiti imej anda. Pastikan imej anda sesuai dan berkaitan dengan kategori.
3. Adakah anda akan pindahkan imej yang salah kepada kategori yang betul?
Tidak, anda mesti menentukan dan memastikan kategori yang betul sebelum menghantar penyertaan. Gambar yang sama tidak boleh dipertanding dalam lebih dari satu kategori.
4. Bagaimanakah saya ingin menghantar imej?
Untuk penyertaan digital, sila hantarkan melalui online atau masukkan semua imej ke dalam satu CD / DVD. Jangan gunakan folder yang berlainan, dan jangan gunakan CD / DVD berasingan untuk setiap kategori.
Untuk penyertaan slaid, setiap slaid mestilah di labelkan dan diletakkan berasingan di dalam sampul surat dengan kategori, nama anda dan alamat serta keterangan (sila lihat syarat pertandingan ke-3), dan bila dan dimana imej tersebut diambil.
5. Bolehkah saya sertakan imej yang sama ke dalam lebih daripada satu kategori?
Tidak. Anda mesti memutuskan mana satu kategori imej yang ingin anda sertai. Urusetia pertandingan tidak mengalakkan
6. Bolehkah saya masukkan imej yang sama dalam pertandingan yang lain?
Ya, tetapi hanya jika keputusan Pertandingan Jurugambar Hidupan Liar masih belum diketahui dan sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Disember 2008. Jika imej telah memenangi hadiah (juara, naib juara atau kelayakan) dalam pertandingan yang disertai oleh 500 penyertaan ia tidak lagi dibenarkan memasuki Pertandingan Jurugambar Hidupan Liar Tahunan.
7. Tertera di dalam syarat pertandingan iaitu mengelakkan menghantar imej yang telah diterbitkan secara meluas pada 12 bulan yang lalu, apakah yang dimaksudkan dengan diterbitkan secara meluas?
Kami mahukan pameran yang segar, imej yang baru dalam pertandingan, jadi jika imej anda telah diterbitkan secara meluas di tahap global,(contohnya, pada muka hadapan majalah antarabangsa atau sebahagian daripada kempen iklan antarabangsa) maka ia tidak lagi sesuai memasuki pertandingan. Jika anda kurang jelas, sila hubungi kami.
8. Bolehkah saya dapatkan imej saya semula selepas pertandingan?
Ya, tetapi jika anda menghantar slaid atau cetakan. Anda mesti menghantar yuran penyertaan yang betul untuk melindungi pulangan balik pembayaran pos untuk pakej anda / sampul surat dengan alamat anda ditulis dengan jelas pada ruang yang berkenaan dengan tajuk ‘Pulangan Penyertaan Anda’. Penyertaan yang dihantar dengan menggunakan CD tidak akan dipulangkan tetapi akan dimusnahkan oleh urusetia pertandingan selepas selesai tempoh pengadilan.
9. Bilakah saya boleh mendapatkan gambar saya semula?
Kami menjangkakan untuk pemulangan gambar adalah di antara bulan Ogos 2008 hingga Mac 2009. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi urusetia selepas bulan Oktober 2008.
10. Bolehkah saya sertakan imej digital?
Ya, sila lihat peraturan pertandingan.
11. Imej apakah yang anda tidak terima?
Gambar tidak jelas, pendedahan dua kali, gambar lebih daripada satu imej dalam sebarang cara sekalipun dan imej yang telah dimanipulasi oleh sumber luaran daripada peraturan. Urusetia pertandingan tidak boleh menyarankan imej yang perlu anda sertai, walaupun subjek adalah dinyatakan dalam peraturan pertandingan.
|