KATA-KATA ALUAN
“Pertandingan Jurugambar Hidupan Liar Tahunan” ibarat sebutir permata di dalam mahkota Zoo Negara. Sebagai Pengarah Zoo Negara, yang akan melancarkan pertandingan ini untuk pertama kali dalam tahun ini, saya amat berbangga dengan pameran yang menakjubkan ini serta penyerta yang akan turut membantu dalam menjadikan acara ini sebagai acara terkemuka yang mesti dilihat pada setiap tahun.
Kemasyhuran pameran ini akan menjadi peninggalan kepada daya kreativiti dan dedikasi jurugambar. Ia akan menjadi penghargaan kepada pengetahuan, visi dan bakat mereka di mana para pelawat dapat menikmati inovatif dan keindahan panorama alam semulajadi, imej yang dipaparkan bukan sekadar menyerlah dan menarik hati penonton tetapi turut mendidik mereka menghargai setiap keindahan dan kepelbagaian hidupan liar di muka bumi serta mengambil berat tentang masa depannya.
Jurugambar yang menjadi juara datangnya dari serata Malaysia, pelbagai latar belakang dan pengalaman dalam pencarian hidupan liar yang akan membawa mereka ke sebuah arena yang menakjubkan di seluruh negara.
Dengan melawat pameran ini, anda seolah-olah mengembara bersama mereka dari dalam hutan tebal sehingga ke lautan biru.
Pameran Jurugambar Hidupan Liar Tahunan akan menjadi pengalaman yang unik serta berharga kepada semua dan saya berharap ini dapat dikongsi bersama.
Yang Benar
Dr. Mohamad Ngah
Pengarah Zoo Negara
|