MENGENAI KAMI
Pertandingan Jurugambar Hidupan Liar Malaysia akan menjadi suatu pengiktirafan nasional kepada gambar terbaik yang menampilkan elemen alam semulajadi. Pertandingan ini dianjurkan oleh Zoo Negara yang diiktiraf dalam menyimpan serta mempamerkan pelbagai koleksi hidupan liar.
Kelayakan untuk menyertai pertandingan ini telah menjadi impian bukan sahaja di kalangan jurugambar hidupan liar, malahan jurugambar lain di serata dunia. Kejayaan sering dikecapi oleh golongan professional, namun kini ia turut boleh dimiliki oleh golongan amatur. Ini kerana, kecekapan dalam pengambilan gambar yang baik memerlukan gabungan daripada aspek kemahiran, penglihatan, keaslian gambar, pengetahuan tentang alam semulajadi dan untung nasib.
Tahun ini, banyak penyertaan akan diterima dan dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli yang pakar dalam bidang fotografi. Pemenang pula akan diumumkan pada satu Majlis Anugerah yang bakal diadakan di Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur.
PAMERAN BERGERAK
Zoo Negara selaku penganjur akan bekerjasama dengan penyanyi terkenal tanahair Zainalabidin dan jurugambar professional Amri Ginang untuk mengelolakan serta melebarkan sayap di samping secara telus mampu meraih kepercayaan di kalangan jurugambar dalam pertandingan ini.
Menjulang penghargaan terhadap alam semulajadi dan koleksi gambar semulajadi untuk khalayak penonton, jurugambar yang berkelayakan akan diundang ke Temasya Anugerah sebelum pameran dan kemudian menjelajah ke seluruh lokasi di Malaysia. Imej juga akan dipaparkan sebagai pelengkap istimewa di dalam majalah Zoo Negara, juga dalam majalah serta suratkhabar seluruh dunia dan termasuk di dalam portfolio jabatan.
Melalui penganjuran pada setiap tahun, pertandingan ini bertujuan untuk mendapatkan gambar asli hidupan liar yang paling menakjubkan yang diambil oleh jurugambar dari seluruh negara dan pelbagai lapisan umur.
Zoo Negara bersama Amri Ginang akan menganjurkan suatu pameran gambar daripada koleksi fotografi yang unik dan menarik. Pameran ini akan diadakan disemua bandar-bandar utama di Malaysia bermula bulan Ogos 2008 hingga Disember 2008 . Lokasi pameran ini adalah seperti muzium di seluruh negara, galeri, zoo, pusat-pusat sains dan di lokasi-lokasi pendidikan.
|